Saturday, October 10, 2009

Sambutan Hari Raya SKJB 2009




Pada 8 Oktober bertempat di SK Jaya Baru Kinabatangan, telah diadakan sambutan Hari Raya Aidilfitri peringkat SKJB. Ianya berlangsung secara sederhana namun tetap meriah.

Cikgu Hamzah selaku Pengerusi Program sedang memberi ucapan aluan.


Antara keletah yang dapat dilihat di kelas terbuka tahun 2. Setiap kelas diwajibkan menyediakan juadah hari raya buat tetamu yang berkunjung.







Kek Hari Raya sumbangan Cikgu Udin. Kelazatannya tidak dapat diungkapkan dengan perkataan.







Para tetamu menjamu juadah di khemah terbuka.









Murid-murid tidak ketinggalan menyampaikan lagu raya. Sesungguhnya merekalah golongan yang paling gembira di hari tersebut.
Kelihatan antara tetamu yang menikmati juadah dengan wajah yang puas dan ceria.

diharap program yang diatur mencapai objektif yang ditetapkan.

Saturday, July 25, 2009

Kem Bestari Solat Tahun 2 2009


Alhamdulillah...Kem Bestari Solat SK Jaya Baru Kinabatangan Tahun 2 2009 telah berjaya dianjurkan oleh pihak panitia Pendidikan Agama Islam.





Kem kali ini memberi penekanan kepada bacaan pendek solat serta doa Iftitah.






Adik-adik telah mula datang sejak pukul 7.00 pagi.
Pihak penganjur amat bertuah kerana mendapat bantuan daripada
beberapa orang pelajar SMK Bukit Garam yang bertindak selaku fasilitator LDK.




Semoga segala usaha yang dicurahkan dapat memberi pengetahuan dan pengalaman baru kepada adik-adik yang hadir khususnya dalam pelaksanaan ibadah solat.

Monday, July 6, 2009

Program Permuafakatan UPSR 2009

Program Permuafakatan UPSR SKJB 2009 antara lain bertujuan untuk mendedahkan kepada para murid tahun 6 teknik-teknik bagi menghadapi UPSR. Di samping itu, satu sesi ceramah khas buat ibubapa dan murid-murid diadakan bagi menerangkan peranan yang dapat dimainkan oleh mereka bagi memperolehikeputusan yang baik.



Penceramah-penceramah yang dijemput merupakan guru-guru sekitar daerah Kinabatangan yang pakar dalam bidang matapelajaran masing-masing.







Penceramah sedang memberikan motivasi kepada para ibubapa dan murid.







Majlis Penutup telah disempurnakan oleh En. Jefri pegawai pelajaran daerah Kinabatangan.

Saturday, June 27, 2009


Pelaksanaan Kem Bestari Solat Tahun 4 2009 pada 16 Mei 2009.
Fasilitator yang terlibat menguruskan aktiviti latihan dalam kumpulan merupakan pelajar-pelajar daripada SMK Bukit Garam Kinabatangan.






Ustaz Ahmad Nizam Ismail sedang memberikan taklimat kepada para peserta. Beliau merupakan seorang guru yang berpengalaman luas serta berketrampilan dalam mengendalikan aktiviti Kem Bestari Solat.






Cikgu Masran Bin Amran selaku PK Kokum sedang memantau pelaksanaan aktiviti Kem Bestari Solat.

Saturday, May 16, 2009

Selamat Datang

Selamat Datang ke SK Jaya Baru Kinabatangan.